Assalamualaikum..Selamat Pagi, Selamat Petang atau Selamat Malam..
Harap kamu semua sihat2 lah ye. Sekarang bermula kehidupan aku di PSIS untuk menyambung pelajaranku sehingga habis. Sekarang dah semesta 5, rasa macam lain sangat masa mula2 masuk dulu. dulu masuk sini sebagai junior tapi sekarang dah masuk sebagai senior. Rasa macam sekejap masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah masuk semesta kelima dah aku belajat kat sini. Tinggal satu semesta lagi sebelum menghabiskan pengajian aku di sini.
20 June 2013. tarikh di mana aku mula menjejakkan kaki aku di sini setelah tamat praktikal selama 5 bulan. Bukan senang nak praktikal nie. Perlu sedia mental dan fizikal. Menjadikan diri aku macam pekerja yang sebenar. Kalau diberi pilihan sama ada bekerja atau belajar... Aku pilih belajar. Belajar boleh dikatakan mudah atau senang daripada bekerja. Tapi apakan daya. sebagai insan kita kena teruskan perjalanan hidup kita.
24 June 2013. Aku akan memulakan kelas pertama. Jadual aku semesta in takde la padat sangat. Tapi kebanyakkan kelas bermula seawal jam 8 pagi. kecuali pada hari selasa. Harapan aku untuk semesta ini adalah untuk menjadi yang lebih baik daripada semesta sebelum ini. Harap2 aku dapat result yang lebih baik daripada result sebelum ini.
Untuk kali ini, ini sahaja aku dapat kongsikan. Kalau ada kelapangan waktu atau tiada halangan, aku akan kongsikan banyak lagi perkara sepanjang aku meneruskan pelajaran aku sebagai seorang pelajar. Insyaallah.