Tajuk: Negara Kita
Negara Malaysia Negara Makmur
Negaranya aman penduduknya berbilang
Orangnya cantik berbudi bahasa
Itulah dia negara Malaysia
Orang Malaysia berbilang bangsa
Bukan halangan untuk berjaya
Melakar nama di mata dunia
Menjadikannya terkenal di mata dunia
Aman makmur negara Malaysia
Berlainan bangsa berlainan budaya
Bersatu pada tidak mengira bangsa
Itulah negara kita negara Malaysia
Negaranya aman penduduknya berbilang
Orangnya cantik berbudi bahasa
Itulah dia negara Malaysia
Orang Malaysia berbilang bangsa
Bukan halangan untuk berjaya
Melakar nama di mata dunia
Menjadikannya terkenal di mata dunia
Aman makmur negara Malaysia
Berlainan bangsa berlainan budaya
Bersatu pada tidak mengira bangsa
Itulah negara kita negara Malaysia
2. Tema: Ekonomi
Tajuk: Keranamu Wang
Kau punyai warna yang berbeza
Begitu juga dengan nilaimu
Dulu nilaimu tinggi
Sekarang pula semakin rendah
Tanpamu sesaklah mereka
Tanpamu meranalah mereka
Tanpamu miskinlah mereka
Dan denganmu sesatlah mereka
Kau yang diperlukan
Kau yang didambakan
Kau yang selalu dicari
Kau juga selalu mereka idam-idamkan
Kau menguasai fikiran
Kau menguasai manusia
Kau menguasai bangsa
Kau menguasai negara
Kau jugalah pengkhianat mereka
Denganmu semuanya terpukau
Kuasamu tersangatlah besar
Tanpamu semuanya hilang
Keranamu nyawa melayang
3. Tema: Alam
Tajuk: Indahnya Alam
Kurentangkan tanganku
Kupejam mataku sejenak
Menghayati dan merasai
Kubiarkan ombak mengusap kakiku
Derunan angin yang mendesir di pasar
Tenang kurasakan
Kubukakan mataku
Kulihat di ufuk sana
Langit dan laut seolah-olah bersatu
Langit kebiruan terbentang indah
Cahaya pula memacari bumi
Menyinari bumi nan indah ini
Pesonanya tidak akan permah terpadam
4. Tema: Kasih Sayang/Cinta
Tajuk: Kau Semangatku
Aku masig ingat
Di saat aku masih kecil
Kau mengambil dan membesarkanku
Kau bersamaku
Melindungi aku
Membimbingku
Menyokong aku
Kau juga mengajar aku
Mengajar aku erti kehidupan
Kasih sayang yang kau berikan
Makin hari makin bertambah
tiada tandingnya, tiada nilainya
Di saat kau pergi meninggalka aku
Aku bersendirian
Aku hilang
Terasa aku sendirian di bumi fana ini
Tiada gelak tawamu
Dan juga suaramu
Aku terfikir
Kenapa kau harus meninggalkanku?
Nasihatmu, kata-katamu
Masih tengiang-ngiang di telingaku
Aku harus bangkit
Kerana aku tahu aku tidak bersendirian
Aku harus bangkit
Kerana aku tahu
Kau menungguku
Di syurga firdausi
5. Tema: Kemerdekaan/Patriotik
Tajuk: Merdekakah kita?
Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!
Tanggal tiga puluh satu Ogos
Tahun 1957
Masihkan kau ingat
Pada tanggal tersebut
Kalimat tersebut dilaungkan
Tandannya kita telah bebas
Bebas daripada cengkaman
Ya, kita telah bebas
Tetapi adakah kita telah bebas?
Bebas daripada cengkaman penjajah
Bebas daripada anasir luar
Yang membuatkan kita terjajah
Jika dapat diundurkan waktu
Inginku lihat waktu dahulu kala
Disaat anak bangsa berjuang
Dissat mereka inginkan kebebasan
Untuk menggapai sebuah kemerdekaan
6. Tema: Agama
Tajuk: Namamu Islam
Namamu islam
Bila disebut islam
Kau gah
Gah hanya dimata manusia
Bukan pada Yang Maha Esa
Persoalannya
Adakah kau islam?
Kau islam
Bukan pada hati
Kau islam
Bukan pada perbuatan
Kau islam
Hanya pada lidah
Dikala kau senang
Kau dikaburi dengan kekayaan
Kau dikaburi dengan kemewahan
Kau lupa
Kau alpa
Kau sibuk
Sibuk menguruskan hal-hal duniawi
Lupa pada Yang Maha Melihat
Lupa pada Yang Maha Berkuasa
7. Tema: Sains dan IT
Tajuk: Kerana Kau
Waktu demi waktu
Kau selalu berubah
Waktu demi waktu
Kau semakin canggih
Waktu demi waktu
Kau semakin mudah didekati
Kau mudah didekati
Tua muda kecil dan besar
Kau selalu digilai
Kau juga semakin digilai
Kau dapat mendidik ke arah kebaikan
Kau juga perosak kehidupan
Kau membuatkan mereka semakin lalai
Lalai dengan hal-hal duniawi
Bahkan juga akhirat nanti
8. Tema: Ilmu
Tajuk: Kenangan Itu
Di pagi subuh yang dingin
Aku terdengar sayup-sayup kokokan ayam
Seolah-olah ingin membangkitkan aku daripada lena
Sejuk dingin nan pagi
Menyukarkan aku untuk bangkit
Ku hayunkan kaki
Mengagahkan kaki dan diri ini
Bergerak melewati pohon-pohon kecil
Meniti jalan-jalan kecil
Sambil menikmati ciptaan Tuhan
Loceng telah berbunyi
Menandakan sesi persekolahan telah bermula
Berbekalkan buku dan pensil
Pen dan lembaran kertas
Yang selalu menjadi pendampingku
Dalam memenuhi ilmu di dada
Tangaanku menari mengikut rentak
Sambil memegang sebatang pen
Di atas lembaran putih
Aku leka mencatit
Lupa dengan hal-hal lain
Kehausan dalam menggapai ilmu
Kenangan itu
Semakin dilupakan
Semakin juga diingati
Kerana kenangan itulah
Tidak boleh diputar masanya
Tidak boleh juga dijual beli
9. Tema: Budaya dan Warisan
Tajuk: Budaya Kita Warisan Kita
I
Gemersik lagu indahnya bunyi
Badan dihayun mengikut rentak
Rentak tari ayunan indah
terkenal hinggan persada dunia
Lemah gemalai lenggok tarinya
Ayunan dibuat teruna dan dara
Cantik dilihat bak puteri dan raja
Menarik hati kita semua
II
Kelihatan ayu sang dara memakai
Sang teruna pula kacak bergaya
Pakaian tradisional pakaian nan indah
Cantik dipakai bila-bila masa
Kain songket tenunan melayu
Seninya halus memikat hati
Teruna dan dara cantik bergaya
Elok gayanya cantiknya dipandang
III
Enak menjamu juadah tersedia
Terhidang elok di atas meja
Sekali dipandang teringin dirasa
Membangkit selera pembuka selera
Kuih muih tradisi kita
Pelbagai rasa rupa dan bentuk
Rasai terbuai pabila dirasa
Menjadi kesukaan kita semua
Ayunan dibuat teruna dan dara
Cantik dilihat bak puteri dan raja
Menarik hati kita semua
II
Kelihatan ayu sang dara memakai
Sang teruna pula kacak bergaya
Pakaian tradisional pakaian nan indah
Cantik dipakai bila-bila masa
Kain songket tenunan melayu
Seninya halus memikat hati
Teruna dan dara cantik bergaya
Elok gayanya cantiknya dipandang
III
Enak menjamu juadah tersedia
Terhidang elok di atas meja
Sekali dipandang teringin dirasa
Membangkit selera pembuka selera
Kuih muih tradisi kita
Pelbagai rasa rupa dan bentuk
Rasai terbuai pabila dirasa
Menjadi kesukaan kita semua
10. Tema: Kasih sayang/Cinta
Tajuk: Ayah Ibu
Ayah
Kau telah membanting tulang empat keratkmu
Demi membesarkan kami
Di mana- mana kau mencari nafkah
Demi sesuap nasi
Kau selalu berpesan kepadaku
Tuntutlah ilmu setinggi manapun
Kerana ilmu sangatlah penting
Kerana ilmu kita makin disegani
Sehingga kini kau masih lagi mencari rezeki untuk kami
Penat lelahmu kau tidak pedulikan
Sakitmu juga kau juga tidak pedulikan
Agar kami dapat merasai titik peluhmu
Maafkan aku kerana menyusahkanmu
Maafkan aku kerana lalai
Maafkanlah sikapku ini
Ibu
Kaulah yang melahirkan aku
Membesarkan aku dengan penuh kasih sayang
Mendidik aku dengan penuh kesabaran
Kenakalan kami Kedegilan kami
Kau sabar dalam menghadapi karenah kami
Kau juga sabar dalam mendidik kami adik beradik
Kata-katamu dan nasihatmu
Masih lagi kukuh di benak ingatanku
Kerana nasihat dan kata-katamu itulah
Masih aku gunakan sehinggalah sekarang
Dalam mempraktikan dalam kehidupan seharian
Ayah Ibu
Maafkan kami
Maafkan keletah kami
Maafkan kenakalan kami
Kami tahu semua ini memeningkanmu
Tapi inilah sebagai penyeri kehidupan
No comments:
Post a Comment